Lawatan Rasmi Mufti-Mufti Malaysia


Ribuan terima kasih kepada Mufti Malaysia serta kakitangan Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran kerana menziarahi di tempat Pusat Perkhidmatan Pengurusan Pelupusan Ayat-Ayat Suci Al-Quran di Cheras Batu 10, Kajang Selangor pada 27 Jun 2011.

Kedatangan para mufti untuk melihat sendiri proses melupuskan Al-Quran lama yang dijalankan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Pihak kami berasa gembira serta bersyukur diatas lawatan yang tidak diduga. Lawatan bermula pada jam 8.30pagi berakhir 11.00pagi. Kehadiran mereka memberi kekuatan dan semangat untuk meneruskan ibadah fardhu kifayah yang dijalankan. Nasihat serta kata-kata perangsang yang kami terima oleh para jemputan, agar kami dapat menaik taraf tempat penyimpanan ayat-ayat suci. Disebabkan sumbangan yang diterima tidak begitu mengizinkan, kami akan ikhtiar agar pusat pemeliharaan ayat suci ini berkembang maju. Sekiranya anda ingin menyumbang sila salurkan ke
MAYBANK - No. Akaun: 5640-9820-6424.
Akaun ini dikhaskan untuk pembiayaan Pusat Perkhidmatan Pengurusan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Lama. Pihak kami merendah diri serta mengucapkan ribuan terima kasih.





Para Mufti menetili Al-Quran yang tidak mendapat kelulusan kerajaan



Melihat bahan-bahan Al-Quran yang rosak



Mendengar penerangan proses pelupusan Al-Quran mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan