Yayasan Warisan Ummah Ikhlas | Sinar Harian

"PERLIHARA KESUCIAN AL-QURAN"

KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF | YAYASAN WARISAN UMMAH IKHLAS

Program Wakaf dan Lupus Al-Quran



 Pelihara kesucian Al-Quran



JARANG sekali kita didedahkan dengan kaedah dan cara yang betul semasa melakukan pelupusan al-Quran lama dan bahan bercetak yang mengandungi ayat suci al-Quran.

Mungkin kalangan umat Muslim memandang enteng dan mengambil mudah dalam menjaga kesucian al-Quran sehingga ada yang sanggup membuangnya ke  tempat yang tidak sepatutnya. Alangkah sedih dan hinanya al-Quran sebagai kitab suci apabila diperlakukan sedemikian rupa.

Tanyalah sesiapa sahaja, semua daripada mereka tahu  sesungguhnya al-Quran itu hak Muslim. Tetapi kenapa ada sesetengah orang Islam yang mengaku Islam tidak menjaga kesucian dan tidak meletakkan al-Quran di tempat sepatutnya.

 Sayu hati ini apabila melihat sebuah al-Quran usang dibiarkan dimakan anai-anai, sungguh luar biasa! Walaupun kulit al-Quran terkoyak rabak tetapi anai-anai tidak berjaya memamah isi kandungan ayat-ayat suci itu.

Sinar Harian: Kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas

PROGRAM BERSAMA YAYASAN WARISAN UMMAH IKHLAS, WAKAF AL-QURAN DAN PELUPUSAN AYAT SUCI AL-QURAN

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang diwakili Puan Marhaini Yusoff (Ketua Pegawai Eksekutif Y.W.U.I) bersama Kumpulan Media Karangkraf telah mengadakan lawatan ke Pusat Pelupusan Ayat Suci Al-Quran di Batu 10, Cheras.