Abu Al-Quran | Program Khas Anjuran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Membuang Abu Al-Quran Di Perairan Negeri Perak



Ribuan terima kasih kepada Tan Sri Hurassani Zakaria, Mufti Perak kerana menganjurkan "Program Khas Bersama Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria | Pembuangan Abu Al-Quran"bersama Percetakan Saufi untuk membuang abu al-Quran di kawasan perairan negeri Perak serta turut dijayakan bersama oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Maritim Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Mufti Negeri Perak, Majlis Agama Islam Negeri Perak, Majlis Dareah Manjung dan para wartawan Berita Harian, Harian Metro, TV Al-Hijrah.


Lihat laporan akhbar dibawah.



TERTIB...kakitangan Jabatan Mufti  Perak melupuskan abu pembakaran Al-Quran. Gambar kecil, Pengurus Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan menunjukkan bongkah abu untuk dilupuskan.

Lupus Al-Quran : Jika Ingin Menghantar Al-Quran Lama | Percetakan Saufi

JIKA INGIN MENGHANTAR AL-QURAN LAMA

Perkhidmatan Pemuliharaan Ayat Suci Al-Quran menyediakan khidmat melupuskan pelbagai jenis bahan cetakan yang tertera ayat suci al-Quran samada di kertas,kain,kaca,seramik,kayu,plastik, dan lain-lain.

Bahan yang akan dilupuskan mengikut kaedah yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
Rujukan : http://www.islam.gov.my  dan http://www.e-fatwa.gov.my

Setiap bahan yang dihantar akan dikenakan caj perkhidmatan upah kerja.

Pengangkutan disediakan (Kuantiti yang banyak sahaja). Caj pengangkutan mengikut jarak.

Bahan yg dihantar hendaklah disusun dengan kemas,bersih dan teratur.

Masjid, Surau, Sekolah, Pejabat perlu membuat surat pengambilan @ serahan.

Sila hubungi : 019-3376159 (Rahmat) Pejabat : 03-26915184, 26933049 Fax : 03-26933051



JANGAN TINGGALKAN AYAT SUCI AL-QURAN DIHADAPAN PINTU PAGAR.


KESUCIAN AL-QURAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA.


Pihak kami juga ada membuat program Wakaf Al-Quran. Harga bagi senaskah RM30 untuk keterangan lanjut, sila klik sini >>>http://wakafalquran30.blogspot.com

Lupus Al-Quran | Hina Tanpa Sedar - myMetro | Kad Perkahwinan Di Tulis Ayat Al-Quran


"HINA TANPA SEDAR" Lupus Al-Quran
17 SEPTEMBER 2011-Harian Metro

Ayat "Bismillah" di Kad Kahwin Haruslah Ditukar Kepada Terjemahan

KAJANG: Sikap sesetengah umat Islam memandang remeh ayat al-Quran yang ditulis di kad jemputan perkahwinan atau di cakera padat (CD) agama dengan meletakkannya di merata tempat secara tidak langsung melakukan penghinaan terhadap ayat suci itu.
Walaupun hanya tertera kalimah Bismillah dalam bahasa Arab di kad jemputan perkahwinan maknanya tetap sama, sekali gus perlu mendapat penghormatan seperti kitab al-Quran dan jika mahu dilupuskan ia mesti melalui tertib tertentu.


AYAT SUCI...Rahmat menunjukkan antara bahan bacaan mengandungi ayat al-Quran yang tidak sepatutnya diletakkan merata tempat.

Pengurus Percetakan Saufi yang menguruskan tempat pelupusan al-Quran, Rahmat Mahdan, berkata selain al-Quran, ada di kalangan umat Islam terlepas pandang petikan ayat suci itu yang ditulis di tempat lain seperti barang perhiasan, seramik, jam dinding, pinggan, sejadah atau kaset agama.

Lawatan Rasmi Mufti-Mufti Malaysia


Ribuan terima kasih kepada Mufti Malaysia serta kakitangan Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran kerana menziarahi di tempat Pusat Perkhidmatan Pengurusan Pelupusan Ayat-Ayat Suci Al-Quran di Cheras Batu 10, Kajang Selangor pada 27 Jun 2011.

Lupus Al-Quran | Memelihara Kesucian Ayat Al-Quran | Kosmo! - Rencana Utama

Memelihara Kesucian Ayat Al-Quran





Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada akhbar kosmo keluaran 18 Oktober 2010 bahagian RENCANA, memaparkan kaedah yang sempurna penuh dengan tertib cara melupuskan al-Quran lama serta bahan cetakan yang tertera kalimah Allah. Semenjak perkhidmatan ini di siarkan di akhbar dan di kaca televisyen pada pertengahan september, sambutan orang islam, semakin memberangsangkan. Lihat laporan Kosmo! dibawah.....

Pelupusan Ayat Suci Al-Quran | Elak Cebisan Ayat Suci Dipijak | Lupus Ikut Al-Quran Ikut Syariah

ELAK CEBISAN AYAT SUCI AL-QURAN DIPIJAK


Tanggungjawab Menjaga Serta Memelihara Ayat-Ayat Suci




Pelupusan Ayat Suci Al-Quran perlu dilakukan dengan tertib dan setiap aspek diberi perhatian teliti termasuk memastikan abu daripada bahan bakar mengandungi kalimah Allah itu tidak berterbangan, bersepah, dipijak atau dilangkah.



Insinerator Green Gas Tecnology
Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, berkata proses pembakaran ayat suci al-Quran menggunakan mesin insinerator khas turut melalui peringkat percubaan dan penambahbaikan. Menurutnya, proses pembakaran al-Quran pada awalnya tidak berjaya kerana keadaan naskah al-Quran yang agak tebal.

Lupus Al-Quran | Lupus Ikut Syariah - Berita Harian | Mengikut Garis Panduan Majlis Fatwa Kebangsaan | Percetakan Saufi


LUPUS IKUT SYARIAH
Mengikut Garis Panduan Majlis Fatwa Kebangsaan




DIRIWAYATKAN, seorang sahabat menjumpai al-Quran, menyapukan wangian padanya dan menyimpan di tempat tinggi. Bagi sahabat itu, Allah janjikan syurga. Begitu juga Saidina Umar yang terjumpa keratan al-Quran lalu diambil dan diciumnya, Allah memberikan pahala. Inilah kebesaran untuk mereka yang menjaga serta mengagungkan kalimah Allah yang diwahyukan kepada rasul-Nya, Muhammad SAW, menjadi petunjuk kepada umat sekalian alam, tidak kira bagaimana cara dilakukan.