Yayasan Warisan Ummah Ikhlas | Sinar Harian

"PERLIHARA KESUCIAN AL-QURAN"

KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF | YAYASAN WARISAN UMMAH IKHLAS

Program Wakaf dan Lupus Al-Quran



 Pelihara kesucian Al-Quran



JARANG sekali kita didedahkan dengan kaedah dan cara yang betul semasa melakukan pelupusan al-Quran lama dan bahan bercetak yang mengandungi ayat suci al-Quran.

Mungkin kalangan umat Muslim memandang enteng dan mengambil mudah dalam menjaga kesucian al-Quran sehingga ada yang sanggup membuangnya ke  tempat yang tidak sepatutnya. Alangkah sedih dan hinanya al-Quran sebagai kitab suci apabila diperlakukan sedemikian rupa.

Tanyalah sesiapa sahaja, semua daripada mereka tahu  sesungguhnya al-Quran itu hak Muslim. Tetapi kenapa ada sesetengah orang Islam yang mengaku Islam tidak menjaga kesucian dan tidak meletakkan al-Quran di tempat sepatutnya.

 Sayu hati ini apabila melihat sebuah al-Quran usang dibiarkan dimakan anai-anai, sungguh luar biasa! Walaupun kulit al-Quran terkoyak rabak tetapi anai-anai tidak berjaya memamah isi kandungan ayat-ayat suci itu.

Sinar Harian: Kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas

PROGRAM BERSAMA YAYASAN WARISAN UMMAH IKHLAS, WAKAF AL-QURAN DAN PELUPUSAN AYAT SUCI AL-QURAN

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang diwakili Puan Marhaini Yusoff (Ketua Pegawai Eksekutif Y.W.U.I) bersama Kumpulan Media Karangkraf telah mengadakan lawatan ke Pusat Pelupusan Ayat Suci Al-Quran di Batu 10, Cheras.



Peta Pusat Pelupusan Ayat Suci Al-Quran

Alamat dan Peta

PUSAT PERKHIDMATAN PELUPUSAN AYAT SUCI AL-QURAN  

Lot. 6213, Jalan Cheras-Kajang, Cheras Batu 10, 
43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 017-3085773 (Aizat)

@2008-2013 | 1429-1434H

Kadar Caj

Pusat Pelupusan Ayat Suci Al-Quran

Senarai bahan-bahan yang diterima untuk dilupuskan.

- Al-Quran 
- Bahan Bacaan
- Plastik
- Banner/Bunting
- Kaca
- Kayu
- Getah
- Logam
- Besi
- Tembaga
- Batu
- Seramik

Contoh : Al-Quran, Bahan Bacaan, Akhbar, Majalah, Buku Teks, Kertas Ujian, Buku Tulis, Kad Kahwin, Poster, Bingkai Gambar, Barang Perhiasan, Kain, Kulit, Al-Quran yang telah dimakan oleh anai-anai, dan sebagainya.

***Setiap bahan akan dikenakan caj berlainan mengikut pada bahan yang di hantar.

*Sila ikut syarat-syarat ini :

- Asingkan bahan-bahan (Contoh: Al-Quran, Plastik, Bingkai dan lain-lain)

- Sila ikat @ susun di dalam kotak dengan kemas.


Dapatkan peta disini jika anda ingin menghantar bahan.... (Klik Sini)

Video Rujukan dari KDN : http://www.moha.gov.my