"PERLIHARA KESUCIAN AL-QURAN"
KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF | YAYASAN WARISAN UMMAH IKHLAS
Program Wakaf dan Lupus Al-Quran
JARANG sekali kita didedahkan dengan kaedah dan cara
yang betul semasa melakukan pelupusan al-Quran lama dan bahan bercetak
yang mengandungi ayat suci al-Quran.
Mungkin kalangan umat Muslim memandang enteng dan mengambil mudah dalam menjaga kesucian al-Quran sehingga ada yang sanggup membuangnya ke tempat yang tidak sepatutnya. Alangkah sedih dan hinanya al-Quran sebagai kitab suci apabila diperlakukan sedemikian rupa.
Tanyalah sesiapa sahaja, semua daripada mereka tahu sesungguhnya al-Quran itu hak Muslim. Tetapi kenapa ada sesetengah orang Islam yang mengaku Islam tidak menjaga kesucian dan tidak meletakkan al-Quran di tempat sepatutnya.
Sayu hati ini apabila melihat sebuah al-Quran usang dibiarkan dimakan anai-anai, sungguh luar biasa! Walaupun kulit al-Quran terkoyak rabak tetapi anai-anai tidak berjaya memamah isi kandungan ayat-ayat suci itu.